Jangan serang saya – Rita Rudaini

Jangan serang saya – Rita Rudaini

KUALA LUMPUR 3 DIS – Pelakon Rita Rudaini memohon agar dia tidak terus dipersalahkan dalam ‘episod’ poligami yang sedang dilalui oleh rakannya, dramatis Izreen Azminda.

Menurut Rita, walaupun sebagai kawan, dia tidak ada hak untuk campur tangan dalam urusan peribadi Izreen yang telahpun menjadi isteri kedua kepada seorang pemuzik.

Loading...

“Tolong jangan terus menyerang saya di laman sosial kerana perkahwinan dia.

“Saya tidak masuk campur dalam keputusan Izreen yang memilih jalan untuk berkahwin dengan suami orang.

“Cuma sebagai kawan, kami hormati hak peribadi Izreen dan mendoakan dia bahagia dan dapat membantu suaminya berlaku adil dalam kehidupan berpoligami,” kata aktress jelita itu.

Kelmarin, Izreen Azminda memberitahu yang dia telah pun bernikah secara sah dengan Mohammad Radzi Abdul Wahid yang mesra dipanggil Ude, pada 8 Ogos lalu di Kota Damansara, Kuala Lumpur.

Selepas berita Izreen berkahwin dengan suami orang tersebar, Rita turut menjadi mangsa kemarahan netizen di laman sosial.

Dia dikecam dan dipersalahkan tanpa sebab munasabah kerana dianggap sebagai ‘penyokong’ tegar dalam keputusan dibuat Izreen menjadi isteri kedua pemuzik tersebut.

Loading...

Menurut Rita, dia sendiri sudah memberikan nasihat terbaik buat Izreen sebelum ini agar tidak dilihat sebagai penganggu rumah tangga orang lain.

“Saya pun ada beri nasihat, jangan merampas hak orang lain. Tetapi dalam keadaan sekarang Izreen bermadu, dia tidak merampas suami orang.

“Jika dia dapat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dengan baik, kita sendiri tidak perlulah mengutuk atau menghamun beliau kerana itu adalah jodoh yang telah tersurat buat dirinya.

“Sebagai kawan saya harap Izreen dapat melalui episod bermadu dengan tabah dan dapat menjaga hati isteri pertama dengan sebaik mungkin dan sentiasa mementingkan perasaan orang lain.

“Saya percaya kehidupan bermadu banyak masalah, tetapi ia akan jadi manis kalau kita pandai kendalikan dengan baik,” katanya.

sumber – UTUSAN ONLINE

.

.

PENYANYI Marsha Milan Londoh memberitahu dia sentiasa menanti dengan sabar apabila berhubung soal anak kerana percaya suatu hari nanti akan tiba gilirannya mempunyai cahaya mata.

Marsha memberitahu dia tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan zuriat secepat mungkin namun sebagai manusia biasa dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

“Menjelang hari lahir saya pada 6 Disember ini pun saya berdoa agar cepat-cepat dapat anak selain urusan karier saya dipermudahkan.

Marsha tidak tertekan ditanya soal anak.

“Sebagai wanita saya pun tak sabar mahu bergelar ibu dan semoga penantian ini akan tercapai tidak lama lagi,” katanya kepada mStar Online.

Marsha ditemui di Majlis Meet And Greet Marsha Milan Londoh yang diadakan pada Sabtu.

Menerusi program itu, hampir 50 peminat bertuah diberi peluang bertemu dan beramah mesra dengan Marsha dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Marsha bahagia melayari rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful.

Sementara itu, Marsha berkata dia tidak tertekan jika diajukan soalan mengenai anak dan menganggap rezeki itu akan datang apabila tiba waktu yang sesuai.

“Kalau awal-awal dulu, mungkin tertekan apabila ada orang tanya. Tapi bila fikir balik, perkahwinan kami pun baru masuk dua tahun, masih baru lagi.

“Insya-Allah, apabila tiba waktu sesuai, Allah akan beri rezeki itu. Selebihnya kita berdoa,” ujarnya.

Marsha rindu dan mahu bertemu dengan peminatnya seluruh Malaysia.

Bercakap mengenai acara bertemu peminat, Marsha memaklumkan hampir 10 tahun dia tidak melakukan program sedemikian.

Malah, penyanyi lagu Hilang ini turut teruja kerana dapat membawa suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail meraikan peminat bersama.

“Alhamdullilah, saya dapat bertemu penyokong dan peminat setelah hampir 10 tahun tak buat program begini, lebih bermakna lagi apabila suami turut serta dalam acara ini.

Marsha memotong kek yang dihadiahkan oleh peminat.

“Kalau dulu suami agak pemalu berdepan orang ramai dalam industri tapi sekarang tidak lagi.

“Dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan situasi dunia hiburan, malah dia lebih banyak menyokong karier saya dan dia juga umpama pengurus peribadi,” katanya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berusia 30 tahun itu pada 31 Disember 2015 di  Georgetown, Pulau Pinang.

kredit:- mstar

Loading...