“Saya Akan Umum Bila Dah Sedia”- Dato’ Siti Belum Sedia Umum Jantina Anak

“Saya Akan Umum Bila Dah Sedia”- Dato’ Siti Belum Sedia Umum Jantina Anak

NAMA penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus menjadi perhatian selepas berkongsikan berita kehamilannya pada Oktober lalu
Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan netizen tertanya-tanya mengapakah Siti memadam entri yang dimuat naiknya di laman Instagram beberapa minggu lalu.

Entri tersebut menunjukkan video imbasan ultrasound kandungannya. Namun, apa yang menjadi perhatian ialah perkataan princess (puteri) yang menjadi sebutan doktor yang merawatnya ketika itu.

Loading...

Ramai netizen yang beranggapan kandungan bayi yang kini sudah mencecah enam bulan itu merupakan anak perempuan. Namun, pelantun suara bagi lagu Mikraj Cinta ini telah memadam posting tersebut.

Menurut Siti, tindakannya yang tidak mendedahkan jantina kandungannya itu bukanlah sebagai berahsia, sebaliknya menyatakan dia dan suami sedang menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi dengan peminat.

“Itu semua keseronokan kerana teruja. Bayi lelaki atau perempuan, nanti kita akan tahu juga. Saya bukan nak berahsia sangat, cuma tunggu masa yang sesuai.

“Lagi pun, suami tak berapa gemar saya berkongsi apa-apa mengenai kandungan sebab masih dalam perut.

“Biar betul-betul cukup sifat semuanya baharu kita kongsi,” katanya dipetik BH Online.

Loading...

Tambah penyanyi berusia 38 tahun ini lagi, dia hanya akan berkongsi tentang jantina kandungannya itu apabila dia dan suaminya, Datuk Seri Khalid sudah bersedia.

“Saya tidak akan berahsia… Apabila tiba masanya, saya akan umumkan jantina anak ini. Saya tahu, ramai yang ingin tahu, tetapi tunggu apabila kami bersedia mengumumkannya,” tambahnya lagi.

Walaupun penyanyi kesayangan ramai ini sedang hamil, ia tidak menjadi alasan untuknya menyertai aktiviti luar seperti larian Jakel Charity Run For Rohingya pagi tadi.

“Sebelum ini, saya pernah terbabit dalam aktiviti larian Ariani. Dengan kesihatan yang diberikan, rasanya tidak ada masalah untuk saya terbabit sama,” ujarnya.

Katanya, itu merupakan salah satu sokongan yang diberikan kepada masyarakat Rohingya yang ditindas kini selain mengikut saran doktor supaya lebih aktif.

Tidak kiralah apa pun jantina bayi yang dikandungkan Siti, yang penting bayi dan Siti sentiasa dalam keadaan yang sihat. – MYNEWSHUB.CC/SA

.

Ibu bapa dan khususnya kanak-kanak berusia tujuh tahun ke bawah pastinya mengenali kanak-kanak lelaki ini yang seringkali membuat review pelbagai jenis barang mainan di channel YouTube, Ryan ToysReview. Siapa sangka, kanak-kanak itu sebenarnya telah meraih pendapatan US$11 juta (RM44,918,126) setahun.

Menurut laporan Forbes yang melaporkan pendapatan selebriti YouTube yang menjana hasil pendapatan yang tinggi melaporkan, channel YouTube Ryan ToysReview yang dikendalikan oleh keluarga Ryan telah menjana lebih kurang US$11 juta bagi tahun 2017.

The Verge yang pernah membuat liputan mengenai channel Ryan ToysReview dan ibu bapa kanak-kanak itu pula mendedahkan, hampir setiap hari mereka memuat naik video-video review baharu semenjak channel itu diwujudkan pada Mac 2015.

Difahamkan, channel itu mula diwujudkan ketika Ryan berusia empat tahun, yang meminta video-video review barang mainan, bertanya kepada ibu bapanya mengapa tidak dia juga melakukan perkara yang sama untuk channel YouTube miliknya sendiri.

Pada awalnya, channel Ryan ToysReview bermula dengan perlahan sehingga Julai 2015, video-video Ryan mula mendapat perhatian dan viral di media sosial. Video yang memaparkan Ryan membuka dan membuat review ‘Giant Egg Surprise’ yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton hampir 800 juta kali di YouTube.

Channel Ryan kini dilihat lebih cenderung membuat review mainan baru dan produk-produk makanan kanak-kanak yang menampilkan komentar bersemangat dari Ryan.

Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta subsribers yang dianggarkan memberi pulangan pendapatan sebanyak US$1 juta setiap bulan, hasil pengiklanan di YouTube.

 

Sumber: Business Insider

Via The Reporter

Loading...